Bahan Pencemaran Udara

Nitrogen Oksida


Berwarna merah keperangan.
Terjadi akibat pembakaran bahan api fosil terutamanya petroleum dari enjin kenderaaan dan aktiviti industri.
Hanya "catalytic converter' dapat melindungi alam sekitar dari gas ini.
Sangat beracun.
Kesan gas ini boleh berlaku terhadap manusia,binatang,pokok dan tumbuhan terutamanya melalui pengasidan tanih.
Jangka hayat di atmosfera sekitar 5- 7 hari.
Pelupusan biasanya akan kembali ke bumi sebagai hujan asid.




Karbon Monoksida




 



Gas ini tiada bau,tiada warna dan mudah terbakar.
Terjadi akibat pembakaran bahan organik yang tidak sempurna meliputi juga pembakaran bahan api fosil yang tidak sempurna.
Boleh berada di atmosfera selama beberapa bulan
Merupakan gas yang sangat beracun yang menganggu pernafasan
Gas ini boleh menghalang oksigen sampai ke darah
Gas ini boleh dilupuskan secara semualajadi apabila teroksida menjadi karbon dioksida terutamanya apabila bertindak balas dengan haba dan pancaran ultra unggu

Sulfur Dioksida


Tidak berwarna
Terhasil kerana semua sumber bahan api fosil,petroleum,gas asli,arang batu mengandungi sulfur
Jangka hayat 1-10 hari bergantung kepada keadaan cuaca.
Beracun dan menganggu pernafasan manusia.Kesan juga boleh berlaku terhadap haiwan,tumbuhan dan mikro organisme.
Biasanya terhapus apabila hujan,namun yang yang turun merupakan hujan asid





Gas Ozon

Gas ozon yang berada di atas atmosfera merupakan gas yang sangat berguna untuk menapis kandungan ultra unggu dari cahaya matahari,suapaya sampai dalam kandungan yang sangat sesuai untuk kehidupan bumi
Ozon wujud kerana terlerainya gas Nitrogen Oksida.
Ozon yang terbebas di bumi sebenarnya sangat beracun ! dan menganggu pernafasan sehingga boleh menyebabkan kanser.
Manusia dan tumbuhan terdedah kepada gas ini
Ozon boleh terlerai menjadi oksigen biasa
Kloroflorokarbon (CFC)

adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .